Thursday, May 31, 2007

Hujan Emas di negeri Orang...

The grass is always greener on the other side. Betul ke hujan batu di negeri sendiri tapi baik lagi negeri sendiri...? Rasanya dah tak boleh pakai lagi dah pepatah ni... Kalau boleh kutip emas kenapa kita nak pilih batu plak...? Tak ke bodoh namanya tu... Sepanjang aku hidup ni dah banyak la jugak tempat orang yang aku dah pegi - Singapore, Brunei, Thailand, Indonesia (Medan & Bali), Korea, Japan (walaupun kat dalam Narita airport jer tapi 9 jam weihh...huhuhu), Hawaii dan sekarang Australia. Kalau nak dibandingkan memang sume lain2, ada pros and cons. Tapi aku rasa memang best tempat org and the best place to live is Hawaii n Australia. Kenapa...? Sebab pertama - environment. Fresh air and clean surroundings. Memang tak blh nak lawan. They really take things seriously. Takde cincai2 atau sambil lewa atau Malaysia Boleh! Sume ikut peraturan and I mean semua, tak kira sapa, besar kecik, atas bawah. Rasa macam hidup regulated tapi senang sebab kita tau apa yg boleh buat, apa yg tak blh buat dan semua org will do the same thing. Senang hidup. Hawaii n Australia aku rasa udara diorg mmg lain. Mungkin sebab diorg pulau yg jauh dari org lain, jadi takder jerebu2 ni kot. Kat Korea lak, kalau pakai baju kuar jln2 satu hari kat bandar dia, balik rendam baju tu fuhh! Kelabu airnya. Sebab, banyak sangat kilang kat sana n asap arang batu dr China. Kedua - moral yg tinggi. Kita nama jer asian patut berbudi bahasa tapi hampeh! Banyak kali kalau nak naik LRT tu mana ada yg beratur. Kalau kita ikut undang2/peraturan kena pijak2 la kita. Jahat jadi raja, baik jadi kuli... Masa aku pregnant, makcik tua yg bangun bg seat kat aku. Yg muda2 buat tak reti jer. Kalau ada yg baik pun yg perempuan esp student. Yg lelaki jarang sangat aku jumpa yg gentleman. Kat mesin ATM pun boleh buat muka seposen je potong line. Kita hidup asal boleh. Buang sampah merata2. Kalau org tak nampak tak salah la tu. Buat dulu, kalau kena lain cerita. Lepas tu tgk kabel. Lagi besar lagi senang la hidup - Above the Law. Kat sini budak kecik pun tau beratur, tak payah disuruh atau ada yg jaga. Automatik. Nampak sampah kat jalan tolong kutip buang. Anjing semua pegi 'sekolah', takder anjing liar atau gigit2 anak org ni. Kalau anjing berak, tuan dia kena kutip taik dia. Kita yg ada anak kecik didahulukan. Parking sume ikut ruang yg disediakan. Takde la double/triple parking ni. Aishh... memang jauh beza mentaliti dorg dgn kita. Mungkin Hawaii tu tourist oriented tapi salesperson dia tak kisah pun kalau kita masuk kedai dia pukul 1130 malam just browsing around and kuar tak beli apa2. Dengan muka manis siap cakap mahalo/aloha/good nite/thank you/come again. Ni masuk dgn muka berpeluh2 with just T-Shirt n jeans! Kalau kat Malaysia, siap kena assess dulu. Tgk kita atas bawah. Kalau pakai baju sengkek alamat tak kena layan ataupun dok ikut kita macam la kita ni penyamun nak rompak kedai dia. Silap aribulan kena sound lagi sebab tak beli apa2. Kat sini mana2 pegi, jumpa la sapa2 pun mesti dorg greet kita dgn senyuman. Masa antar anak pegi sekolah, masa jogging, masa beli barang, masa jalan2 sume sapa kita macam la dah kenal lama. Ada la jugak 2-3 kerat yg menyombong tapi rata2 sume mmg akan tegur kita bila bertembung. Kalau kat Malaysia nak senyum kat org pun payah. Silap2 dikatanya kita tak betul senyum sorang2. Kalau kita tegur org kang katanya kita buang tebiat... susah kan. Ketiga - safety. Masa aku dok 3 bulan lbh kat Hawaii tu aku merayau2 satu pulau tu sorang2 je (time laki aku kat ofis) n naik bas atau jalan kaki je. Bawak map, bus schedule hah... pegi la mana nak pegi. Tak de pun org nak samun, nak tipu atau nak ugut. Bas dia mmg on time tak penah terlambat. Pegi mana2 rasa selamat je, tak rasa takut atau was2, macam la tempat tu tempat kita (muka pun dah ada muka org sana dah...) Kalau tersesat pun dorg tolong macam nak rak, sampai ada sekali tu org tu jln ngan aku all the way sampai aku sampai kat tpt yg aku nak pegi. Kita plak yg rasa serba salah. Bebas sungguh. Anak2 nak main kat luar pun tak risau anak nak kena culik ker, kena langgar ker, kena rogol ker, kena liwat ker... (Lepas tu kebanyakan yg buat dajai ni sume org Islam... buta malu jer!) Kat Malaysia je aku dah penah kena rompak (dengan pisau n kat depan rumah plak tu!), public transport kita sampai sekarang still hopeless, kena tipu/ugut ngan teksi driver ntah tak terkira brp kali dah, budak2 lepak yg bersepah2 takde hala tuju suka mengacau org yg lalu-lalang, Mat2 Rempit yg membahayakan nyawa org lain, kawan sendiri samun hp and beg duit kita n mcm2 lagi laa... Semak kepala kalau dipikir2. Patutnya negara kita yg agama resminya Islam - aman damai, berbudi bahasa, tenteram pendek kata sesuai dgn makna Islam tu sendiri iaitu - Sejahtera. Tapi takpun... lagi serabut adalah... Mungkin kita ni nama je Islam, Islam warisan atau ikut2an, tapi isi... Rompong. Tak paham apa tu Islam. Kita ingat kalau lagi besar serban atau lagi labuh tudungnya lagi baik la org tu.... Macam yg kat dalam rumah ni laa... sembahyang/puasa tak pernah tinggal, baca Yasin khamis malam Jumaat, kalau nmpk something yg org buat salah kutuk mcm2, makan jaga halal/haram pendek kata mmg muslim sejati, tapi tu diaaa..... dia la setan bertopengkan manusia. Apa yg dia tak buat... bunuh org je tak lagi kot. Yg lain sume dah blh buboh tanda tick kat atas checklist tu. Chehh... dah lari topik la plak.... Tapi mmg la, bila kita dah pegi byk tpt org kita dah ada benda yg nak kita bandingkan. Mmg terasa macam kita ni dianak tirikan di negara sendiri. Keempat - facilities. Masa aku 'cacat' sementara for about 5 bln lebih (kena pakai plaster cast lps operate ruptured tendon archilles) mmg terasa macam org cacat atau bahasa halusnya OKU (i still don't get it, they still mean the same, like calling babi khinzir, takde benda lain ker nak pikir...?) tak der tempat dalam masyarakat. I still lead a normal life ie. pegi shopping, kuar makan, jln2 etc. Tapi Ya Allah, mmg seksa. Kalau kat shopping tu or any buildings kebanyakannya takde ramp for wheel chair. Ha'ah, aku tak pedulik. Kenapa, kalau naik wheelchair nak kena dok rumah jer ker...? Malu? Kenapa lak? Bukannya aku jln2 bogel... Jadi berpusing2 la kita org cari the best possible way to get in. Sometimes I had to hop while my brothers or sisters carry my wheel chair up the stairs. Tak user friendly langsung. Lps tu berth between the aisles sempit, susah nak manoeuvre. Yg aku plg tak tahan sekali ialah org yg suka tgk/perli macam la aku ni ada hutang ngan dorg. Mentang2 kita tak macam org lain so nak kena layan pun lain ke...? Apa la kita ni, mmg betul la kita ni masih lagi dgn mentaliti 3rd world country. Aku mmg simpati dgn OKU kat negara kita sebab tak dpt layanan/kemudahan yg sama macam org lain. Note - I said sama not special, because they do deserve to lead a normal and comfortable life like the rest of us. Kat sini semua tempat (buildings/roads/parks etc) are user/OKU friendly, samada utk wheel chair ataupun stroller. Lift dia pun ada Braille markings utk yg buta. Ada parents room (utk tukar pampers, bg susu/mkn anak etc - siap ngan microwave lg), toilet utk parents and child, wide aisle berth for wheelchairs at checkout counters etc. Patut benda2 mcm ni la yg kita ikut, bukannya air-conditioned toilet! Kat sini banyak tempat yg kita boleh spend time dgn family kita and it's all free! Ada park, soccer/rugby fields, tracks for bikes, skating ramps etc. Semuanya well kept and maintained. Kat Malaysia kat mana nak bawak budak2 pegi jln2...? Last resort pegi shopping centre la. Kadang2 aku rasa kita ni mcm lab rats. Terima je apa yg org nak test/buat kat kita. Tak boleh nak pikir atau soal kenapa kita diperlakukan begitu... Walaupun kalau kita kat tpt org kita akan jd second class citizen (but I don't think so - because it's not that easy to accepted, they don't simply take any Tom, Dick or Harry...) tp mmg dah sah2 kita kat tpt org. Tp kalau kat tpt sendiri pun dah jd second/third class citizen, macam mana tu.... Sapa nak tolong jawab....? Tapi jgn la ingat aku ni terlalu taksub n mendewa2kan lak negara luar. Aku just ceta mana yg baik yg aku rasa patut kita jadikan contoh, dan mana yg buruk supaya kita blh ubah. Banyak jugak benda yg tak baik kat negara luar tu tp nak buat apa kita nak ikut yg buruk...? Ramai lg org yg baik2 kat Malaysia tu, tp tu la byk yg jd mangsa keadaan. Malaysians kebanyakannya decent tp mungkin kerana kita ni nak kemajuan yg instant/segera tu yg jd kelam kabut tu. Banyak jugak benda yg elok kat Malaysia tu, contohnya kita nye public health service aku rasa antara yg termurah dan terbaik compared to other countries. Syabas to all the people in that sector. Malaysia jugak Food Heaven. There's no place like it. Mmg makanan yg paling best sume ada kat Malaysia - you name it, you got it. Maybe there's still hope for the future. Election dah dekat kan...? Jadi daftarlah sbg pengundi dan undilah dgn bijak....

3 comments:

Anonymous said...

jom duk kat tempat yg ader hujan emas >:)

Mz Choco Latte said...

Gee Whiz... Thanx!

Aku A-Z-Z-U said...

aku stuju. mentality org malaysia mmg menyedihkan. tp ntah kenape, aku sanggup kutip batu lagi dr kutip emas. pd aku luar negara mmg best tp sekadar utk bercuti dan suke2. tak terlintas aku nak menetap kat mane2 selain malaysia. ntahla, maybe aku cinta sgt2 kot dgn malaysia tanpe aku sedari, hehe.

btw, aku dah lame berdaftar, tp rasenye tahun ni tak mengundi kot. talk abt something else yg menyedihkan di malaysia --> "politik after mahathir" *sigh* :( i miss tht guy