Thursday, May 17, 2007

Dodol n Pulut Serikaya Ekspres...


Masih dalam mood bahasa Melayu (tapi bahasa Melayu yg dah rosak akibat selalu sangat sms dan chat ... huhuhu). Isnin lepas ada morning coffee di rumah Saadia Inam dari Iraq. Aku tak pegi sebab budak2 sume batuk dan selsema. Jadi tak nak berjangkit kat anak org lain pulak. Dia org ada buat demo macam mana nak buat dodol dan pulut serikaya dgn microwave. Wah... rugi la plak tak pegi. Tapi si Ana dari Indon yg baik hati telah menyalinkan resepinya untuk aku. Terima kasih Ana! Cuba la kalau nak, aku tak sempat lagi. Tunggu budak2 ni sumer baik baru aman nak membeli barang2 kat Asian Store.

-

DODOL

Bahan2:
500gm tepung pulut
200ml santan pekat
1 buku gula melaka (larutkan dgn air)

Semua bahan dicampur jadi satu (di blender). Lalu dimasak dgn microwave selama 5 minit. Setelah 2 minit keluarkan sebentar, kacau lalu dimasak kembali sampai habis 5 minit itu tadi.
-
PULUT SERIKAYA

Bahan2:
3 cwn pulut (dicuci sampai bersih lalu ditambahkan air sedikit)
5 biji telur (diblender)
Garam dan sedikit santan lalu dimasak dgn microwave selama 20 minit
Setengah buku gula melaka dimasak dgn air lalu ditambahkan 2 sudu besar gula pasir (ikut rasa)
Setelah larut disaring dan tambahkan 2 sudu besar tepung jagung, telur yg telah diblender dan diadun hingga sebati.
Tambahkan bahan yg sudah sebati itu ke atas pulut yg sudah dimasak dan masak kembali ke dalam microwave selama 5 minit.
-
Macam senang je kan... Jadi cubalah dan bagi feedback how it turn out... Kalau tak jadi nanti aku marah si Ana tu...

No comments: