skip to main |
skip to sidebar
English or Malay...?
Ada orang yang bertanya.. kenapa aku menulis blog dalam bahasa Inggeris? Sebenarnya pada aku, bahasa Inggeris tu lebih sesuai sebab ianya ringkas dan tepat pada sasaran and I express myself better in English (tak pedulik la grammar betul ke tak, janji apa yg nak disampaikan dapat difahami oleh pembaca sasaran). Bahasa Melayu intonasinya lebih halus dan indah, sesuai untuk menukilankan benda2 yang berseni dan abstrak. (See, I write in a different tone when I speak in my mother tongue! So funny...) Bukannya aku tak pandai nak bercakap bahasa Melayu, tapi masa menulis Blog ialah satu escapism (lemahnya bahasa...) untuk meluahkan semua yg terpendam di nurani tanpa perlu mengaku yg semua itu ialah aku - segala yg indah, jelik, hebat, pelik, cinta, duka, ceria, nista. Kalau dulu masa sekolah cikgu selalu cakap bila membaca karangan aku macam membaca suratkhabar, semua elemen ada siap dgn bunga2 bahasa lagi, jadi mesti handal la jugak Bahasa aku ni. Bab berpantun lagi la aku terer (masuk bakul angkat sendiri) kemahiran yg di sought after sampai bos (identiti terpaksa dirahsiakan... huhuhu sori bos!) pernah sms pukul 230 pg suruh prepare pantun utk dia berucap masa merasmikan rumah anak yatim di Kedah dulu. Ini semua kerana aku pernah membuat pembentangan selama 15 min untuk summarize hasil kursus Kaya Budi selama 5 hari di Kl dalam bentuk pantun. Begini ceritanya.... Setiap kumpulan akan diberi markah, jadi oleh kerana isi semua kumpulan lebih kurang sama, aku pulak bosan (kat bilik tak der TV time tu) dan aku pun nak 'menyerlahkan' kumpulan aku, jadi terbitlah idea untuk membuat pembentangan yg merangkumi semua yg telah dipelajari selama 5 hari itu dalam bentuk pantun. Jenuh jugak nak menyiapkannya, tapi glamor nye pasal, sanggup... Semua terpaku dan tak de sorang pun tidor masa aku buat pembentangan. Nanti kalau aku jumpa balik pantun2 tu aku post kat Blog ni... Korang nilai lah sendiri. Lagi satu kalau aku menulis dalam bahasa Melayu rasa macam segan, sebab macam membuka pekung di badan sendiri (walaupun badan tak berpekung). Kalau aku menulis dalam bahasa Inggeris, aku rasa macam menulis pasal seseorg yg aku kenal rapat, jadi laju jer meluncur perkataan2 kat dalam Blog tu. Ramai jugak yg bertanya macam mana aku boleh terer sangat speaking London ni (walaupun sebenarnya bukanlah terer sangat, macam terer je....). Dulu masa aku sekolah kat Sek. Ren. Keb. Durian Daun Melaka, aku selalu balik lambat sebab kena tunggu mak atau ayah datang ambik balik sekolah. Jadi masa aku dihabiskan di perpustakaan sekolah (chewah... budak baik la konon...) Buku yang banyak ialah buku bahasa Inggeris sebab buku bahasa Melayu kebanyakannya dah dipinjam org. Jadi aku pun mengadap la buku2 tu. Mula2 memang tgk gambar je la, tapi lama2 nak tau jugak apa cerita nya kan. Jadi aku pun dibesarkan dgn buku2 Enid Blyton, ensaiklopedia dan kamus. Faktor pemangkin yg terbesar sekali untuk kenapa aku suka membaca buku bahasa Inggeris ialah Ayah dan Mak aku. Ayah tu macam my walking dictionary - kamus bergerak. Rajin jer dia melayan semua perkataan yg aku tak faham - banyak pulak tu. Kadang2 tu dekat 10 kali tanya, bukannya nak ingat tapi 10 kali jugak la ayah aku menjawab. Kalau tgk cerita kat TV pun, kalau aku tak faham apa yg di perkatakan ayah akan terangkan. Tak pernah sekali pun dia mengabaikan pertanyaan aku. Kalau ada perkataan yang dia tak pasti, dia akan cari maknanya dan bagitau aku. Sekarang ni aku pulak menjadi walking dictionary dia. Mak pulak terer berbahas buktinya... kalau nak lawan cakap dia mesti kalah nye! Tapi memang mak aku dulu banyak kali jadi wakil sekolah untuk bahas dan pidato. Kalau bersyair ke mengaji ke perghh... sedap... (bab ni aku tak berbakat... suara buluh betong!) Bila buat kerja sekolah mak akan check sedap ke tak ayat yg aku gunakan walaupun mak tak berapa pandai bahasa Inggeris tapi she really makes the effort. Kalau pasal buku mak dan ayah tak kisah, mahal pun tak per janji mesti baca. Buku bahasa Inggeris pulak mahal tapi mereka sanggup keluarkan duit untuk menyokong minat aku masa tu. Setiap hari Jumaat mesti bawak aku dan adik2 pergi Perpustakaan Negeri (sedih tengok keadaannya sekarang, macam mana la org nak minat membaca..?) dan hobi masa lapang kami - melepak kat kedai buku. Tabiat yg sampai sekarang aku terbawak2 sampai anak pun pandai tergolek2 baca buku kat Kinokuniya, Borders, MPH, TIMES (besar, selesa, banyak pilihan dan tak der org nak marah kalau kita baca buku jer dan tak beli apa pun...) atau mana2 kedai pun tak kisah janji ada buku... kedai mamak pun boleh... Terima kasih sekali lagi Mak dan Ayah for the greatest gift of all - minat membaca yg aku rasa sangat berharga dan bukan senang nak dipupuk. Ini satu lagi habit yg kadang2 melucukan. Aku ni kena sentiasa membaca (dalam kepala sentiasa berputar, cara untuk berhenti berfikir - muzik, TV atau tidur), tak boleh duduk termenung sajer je jadi aku akan baca apa saja bahan bacaan yg aku jumpa, atas LRT, kat klinik, dalam keta dan mana2 saja. Buku, majalah dan surat khabar cina pun aku tibai... Majalah dan komik (manga) Jepun pun banyak dalam koleksi jadi jangan tergezut kalau aku mati nanti harta peninggalan aku yg paling byk sekali ialah buku2 aku (selain dari kasut dan beg tangan hehehe). Nasib korang la nak, nak harta carik la sendiri...
No comments:
Post a Comment