Monday, June 11, 2007

Tekak Al Buaya...



Kan aku dah kata... berat aku turun balik. Sekarang berat aku 44kg balik. Hmmm... rasanya biar je la dulu, balik nanti mungkin boleh naik balik kot. Takut naik secara janjang geometri je kang... susah pulak, hahaha. Cakap pasal makan ni, memang aku suka makan. Sapa yang tak suka makan ek..? Yang anorexsia tu aku tak paham laa... disease of the privilaged. Mungkin the best remedy is to send them to Dafur ke, Somalia ke... tempat yang org memang kebuluran sebab tak de benda nak makan, baru dia org nak sedar diri kot. Tapi tak tau la kan sebab from Wikipedia, the free encyclopedia -Anorexia nervosa is a psychiatric diagnosis that describes an eating disorder characterized by low body weight and body image distortion with an obsessive fear of gaining weight. Individuals with anorexia often control body weight by voluntary starvation, purging, vomiting, excessive exercise, or other weight control measures, such as diet pills or diuretic drugs. It primarily affects adolescent females in the Western world. Anorexia nervosa is a complex condition, involving psychological, neurobiological, and sociological components. So susah nak cakap pasal benda ni sebab kita tak kena kan. Anyway, coming back to the topic kali ni aku nak ceta pasal one of my passion iaitu makan. Jangan terkejut yea. Family aku ni ada satu jenis genetic disorder. Almost all anak2 Pak Cik Tapa ni masa kecik2 (ada yg sampai sekarang ada lagi penyakit ni... huhuhu) kalau makan luar mesti kena order at least 2 jenis dish sorang. Andi je kot yg aku rasa tak kena 'penyakit' ni. Kalau tengok kita orang satu family makan kat kedai makan takut ooo.... penuh sepenuh-penuhnya meja tu. Apa taknya, kita anak beranak je dah 10 orang. Sekarang ni lagi la panjang meja tu sebab Ira ngan Andi dah kawin. Aku dulu kalau order mesti satu berat (nasi) dan satu ringan (mee/sup/sate/udang goreng etc) favourite combination - nasi daging merah n sup ekor/mee bandung/mee hailam/tom yam campur. Air lak air limau ais/longan/ABC Special/mata kucing/kelapa. Sate kalau yg sedap tu aku boleh tibai sampai 40 cucuk sorang2. Bilah yg kudut tu pun bole tahan, dulu suka sangat nasi pattaya ngan claypot noodle. Idek boleh telan roti canai sampai 8 keping sekali jalan. Uki apa2 yg ada ayam, jadik. Last sekali taun lepas, kita org makan kat Nando's dia lanyak 1 1/4 chicken sorang2 dia jer, tu tak masuk side dishes lagi tu, sampai dianugerahkan title "Uki the Chicken Slayer". Kalau dia lalu depan ayam mesti ayam tu lari sebab dia ada aura Chicken Slayer tu... hahaha. Acik jangan cakap la... sume jalan... Takpe acik, time bole makan makan ek, nanti dah sakit baru menyesal kan... Iwan tu cerewet "sikit" tapi kalau tempat yg dia suka tu hmmm.... banyak la yg diorder nya. Selalunya lps kita org dah order baru la ayah order dia nyer sebab dia nak lain dr kita org - nak yg spesel la kononnya. Last2 dpt kat kita org gak hahaha.... Lepas tu ayah nye unofficial job jd tong sampah @ Majlis Perbandaran - tukang perabih mana2 makanan yg tak abih. Jawatan tu skang ni aku rasa dipangku oleh Uki n Idek. Mak lak cepat gabra, dia order apa yg dia nak tp nanti bila tgk kitaorg nye macam sedap nanti kena tukar dgn dia nya lak. Paksa rela tukar, mak nye pasal. Nasib baik la kita suma ni tekak al buaya.... huhuhu..... Tak sabar rasanya nak balik Malaysia, nak2 Penang, walaupun tu tempat asal org yg aku plg benci dlm dunia skang ni, tak dpt nak dinafikan Penang memang syurga makanan next to KL. Hmmm... gemok la aku balik ni nanti....

No comments: